CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 12, 2009

Album EP Da'PrinZ suda siap dan akan keluar...... Tunggu...!!!!!!!










Hai smua, album EP Da'PrinZ telah selesai dibuat pada 12hb March 2009. So, akan mula di jual di jualan pertama pada Juara Lagu Dusun RTM di Ranau pada 14hb March 2009. Sesiapa yang mahu, boleh datang time tu, tetapi album EP itu juga akan di jual pada setiap Hit untuk Next Top Enter. anjuran KADUS Enter nnti. Jangan lupa dapatkan yang original ya..Harga hanya RM12.90. Album tersebut mempunyai kualiti yang baik dan dalam album itu juga akan di selitkan 2 lagu iaitu 'Ada Hiivai Dandi Toh', 'Nung Noilaan Ku' dan 'Ada Hiivai Dandi Toh-Minus One'. Smua lagu ini telah diberi nafas baru mengikut peningkatan industri muzik moden zaman sekarang. Smua lagu tersebuat adalah asal hasil cipta daripada lagu lama dari En.Ambrose Mudi. Beliau memberi kepercayaan kepada Da'PrinZ untuk memberi nafas baru untuk lagu beliau. Terima Kasih banyak kami ucapkan. Selain itu, mau juga say THANKS banyak-banyak kepada semua individu dan pihak-pihak yang banyak membantu kami utk menghasilkan album EP ini, iaitu semua AJK KADUS ENTER., PUSAKAG PRODUCTION STUDIO, En. Ambrose Mudi, Cik Betcy Michael, rakan-rakan dan semua yang saya lupa sebut tetapi kami tetap akan ingat setiap jasa anda. Kami berharap agar anda smua diberkati dan dilindungi oleh Tuhan. Semoga Tuhan akan membalas setiap jasa baik anda smua. Apapun kami tetap akan sentiasa ingat setiap jasa anda.. Thanks.....

* Pastikan anda dapat Album EP Da'PrinZ yang Original, dan hanya RM12.90.
* Semoga anda dapat menerima kehadiran dan muzik kami dalam industri muzik di negara ini.
* Apa-apa komen dan pendapat boleh di selitkan dalam blog ini dan www.kadusmusic.com.

GOD luv u all..

Friday, February 20, 2009

Artikel Tentang Da' PrinZ bersama Betcy da Danny F.M diSabah Times..




http://dbos-fm.blogspot.com/

Saturday, February 14, 2009

Persembahan Da' PrinZ untuk KADUS TOP ENTERTINER Hit 1

Da' PrinZ membuat persembahan pada 7hb February 2009 di Pusakag Cafe sempena Kadus Top Entertiner Hit pertama. Malam itu Da' PrinZ membawa lagu Demi Waktu-Ungu dan Separuh Masa-Delima.. Semua dalam arreange muzik baru. Selain itu, ada juga diselitkan sedikit tarian... hehe... Thanks.





























Tuesday, January 13, 2009

Uji Bakat Akadeni Fantasia Musim Ke-7



Program Akademi Fantasia 7 muncul lagi pada musim ini... So, apa lagi jom la kita pergi Audition... Smoga Berjaya... Terutamanya warga SABAH... peace

Lokasi Uji Bakat:

Kuala Lumpur - 17 & 18 Januari 2009 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

Johor Bahru - 24 & 25 Januari 2009 di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru.

Sabah - 30,31 Januari dan 1 Februari 2009 di Borneo South Atrium, Kota Kinabalu.

Sarawak - 30 & 31 Januari 2009 di Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching.

Kuala Lumpur - 7 & 8 Februari 2009 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.


Lagu Wajib Peserta Lelaki :

1) Angan Dan Sedar - Mawi

2) You Raise Me Up - Josh Gorban

3) Ketulusan Hati - Anuar Zain

4) Hanya Engkau Yang Mampu - Aizat

5) Ada - M.Nasir


Lagu Wajib Peserta Wanita :

1) No One - Alicia Keys

2) Kalis Rindu - Elyana

3) Dikir Puteri - Noraniza Idris

4) Karma - Cokelat

5) Tari Silat Melayu - Aishah


Masa Pendaftaran bermula pada 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Perlu dibawa adalah salinan kad pengenalan dan gambar terkini berukuran 4R

dan syarat kelayakan umur adalah dari 18 tahun hingga 45 tahun pada 1 januari 2009.






Sunday, December 14, 2008

Gambar Time Pelancaran Album Group 'EPISOD'..












Grabbed photo from pirut, japrin.blogspot.com

Sunday, November 30, 2008

Artikel Mengenai Group Da Prince Di Sabah Times.


Grabbed from http://dbos-fm.blogspot.com/

Sunday, November 23, 2008

Da Prince Profile

Saturday, November 22, 2008

Picture Time Kat Sekolah Menengah Dahulu.









Gambar ni time kat sekolah dulu. Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran Sandakan. Mungkin gambar ni terlalu kecil, anway harap dpt nampak la ya. hehehe.... Kalau dapat, cuba la cari saya yang mana satu. hahaha.... Kat sekolah ni, banyak kenagan yang telah terukir. Apapun, semoga happy yang dapat melihatnya. Thanks, so much.....

Artikel Megenai Malvin Kalbin Di Sabah Times Untuk Sugandoi Kaamatan 2008.



Grabbed from http://dbos-fm.blogspot.com/




Grabbed from http://dbos-fm.blogspot.com/



Grabbed from http://dbos-fm.blogspot.com/

Tuesday, November 4, 2008

PESERTA yang bakal berentap dalam My starz LG musim kedua.









S12 peserta My Starz LG terbitan TV3 didedahkan dengan pelbagai cabaran
sebagai persiapan menghadapi realiti dunia hiburan


SEBELUM melangkah ke alam sebenar program realiti musim kedua My Starz LG, 12 peserta yang bakal berentap pada konsert setiap minggu bermula 9 November ini dibekalkan dengan sedikit ilmu di dada.

Pada 29 hingga 31 Oktober lalu, 12 peserta baru yang masih belum mengetahui selok belok dunia hiburan didedahkan dengan pelbagai aktiviti sual kenal di antara 12 peserta bersama tenaga produksi.

Aktiviti tiga hari yang berlangsung di Eagle Ranch Resort, Port Dickson itu juga bertujuan mendedahkan 12 peserta ini mengenai program My Starz LG selain motivasi dan menguji daya fizikal dan mental mereka sebelum berhadapan dengan konsert sebenar.

Penerbitnya, Tengku Shailawati Tengku Jehori berkata, sebagai langkah pertama, semua peserta program ini didedahkan dengan persekitaran luar sebagai persediaan awal sebelum mereka melangkah ke dunia realiti atau konsert sebenar.

“Ini kali pertama kita melakukan sesi sual kenal dengan mengumpul semua 12 peserta. Ia bertujuan ingin membiasakan peserta sebelum menghadapi konsert pada setiap minggu. Selain itu juga, mereka dilatih dengan menguji ketahanan fizikal dan mental selain menerapkan sifat kerjasama dan berpasukan,” katanya.
Menurut Shailawati, musim kedua mengalami banyak perubahan daripada musim pertama lalu di mana program yang mencungkil bakat peserta bukan saja nyanyian malah segala aspek hiburan.

“Tahun ini setiap peserta yang terpilih dinilai dengan pakej merangkumi semua aspek daripada juri profesional. Mereka datang dari latar belakang berbeza dan pertama kali muncul di kaca televisyen.

“Sebab itu kami mengadakan aktiviti ini agar mereka tidak terkejut dengan dunia hiburan sebenar yang bakal mereka hadapi mulai hari ini.

“Mengenai konsert, 12 peserta ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu setiap minggu satu kumpulan ini bertanding dan satu kumpulan lagi akan mengiringi persembahan mereka dan ia akan bertukar pada setiap minggu.

“Dari segi pemarkahan pula, ia dinilai oleh juri profesional yang terdiri daripada Liza Hanim dan Hattan serta juri jemputan setiap minggu. Sebanyak 70 peratus dinilai oleh juri dan selebihnya undi SMS,” katanya yang menyifatkan 12 peserta ini mempunyai potensi yang cerah sekiranya dibimbing dengan tenaga pengajar profesional.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi tiga hari itu termasuklah brainstorming, night drop (burung hantu), mini explorace yang terdiri daripada fly fox, guess what, memanah dan rintangan selain berakit dan karaoke.

Peserta yang dipilih daripada lima lokasi sesi uji bakat yang diadakan di Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur itu terdiri daripada Leow Lyye, 18, (Johor), Noriezuana Syed Shafudin, 22, (Johor); Norshamimi Ahmad Haris, 18, (Kedah) dan Wan Nashrinie Zafri, 19, (Pulau Pinang);.

Selain itu, Mohd Azri Abdullah, 21, (Klang); Lee Elaine, 18, (Subang); Mohd Farouk Jayfiena Ermand, 19, (Petaling Jaya); Awang Sri Iskandar Bahrin, 21, (Sabah); Mohd Hairi Kenneith, 19, (Sabah); Julylen Liew, 18, (Sabah); Fiona Anak John Nolly, 21, (Sarawak) dan Cassandra Daniel Manja, 22 (Sarawak).

Program sebanyak 15 episod ini akan mula menyaksikan episod penyingkiran selepas konsert kedua. Ia turut melantik Nazaruddin Habibur Rahman atau Naz dan pasangannya Puteri Andreanna Syigim atau Anne sebagai pengacara program musim ini.

Sementara Khairul Ikhwan Rosli atau Ikhwan pula akan mengacarakan segmen Star Lives iaitu diari peserta yang menemui penonton setiap Ahad jam 5.30 petang.

INFO:

  • Program My Starz LG musim kedua ini akan menemui penonton setiap Ahad jam 10 malam selama satu jam dan star Lives juga setiap Ahad jam 5.30 malam yang memaparkan aktiviti harian sepanjang seminggu sebelum konsert.

  • Sebanyak RM100,000, kontrak rakaman bersama Warner Music, Malaysia dan barangan elektrik jenama LG akan menjadi taruhan 12 peserta ini.

  • 12 peserta ini juga akan ditempatkan di LG House yang mempunyai pelbagai ruang seperti latihan, bilik mentor, dan ruang persembahan yang dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan LG.

  • Musim ini juga, 12 peserta ini akan mendapat khidmat daripada mentor profesional yang terdiri daripada pencipta lagu, Lah (VE), koreografer, Raimee Salleh dan pereka fesyen, Saiful Bahrin sebagai perunding imej.
  • Saturday, October 25, 2008

    SELEPAS SUGANDOI 2008, MALVIN KALBIN INGIN TERUS BERKARYA.(Artikel ini telah dikeluarkan di Sabah Time pada July 2, 2008)

    Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2008


    Sebulan berlalu sejak memenangi Juara Sugandoi 2008 Kaamatan Peringkat Negeri, nama Malvin Kabin masih segar dalam ingatan para peminat seni suara tempatan khususnyanya mereka yang mengikuti perkembangan muzik di negeri ini. Kejuaraan yang dimilikinya ini telah menjadi perangsang untuknya terus mengorak langkah ke hadapan bagi merealisasikan impiannya untuk berada setaraf dengan penyanyi tempatan yang telah lama bertapak di persada seni di negeri ini.

    "Tidak semudah itu ..... saya telah bekerja keras untuk mendapatkan kejuaraan tersebut", begitulah ungkapan Malvin ketika ditemui baru baru ini ketika ditanya mengenai pertandingan Sugandoi 2008 yang dimenanginya pada Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2008 sebulan yang lalu. Malvin mengakui, pengalaman yang pernah dilalui banyak membantunya untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya. "Sebenarnya, pembabitan saya dalam bidang nyanyian ini bermula sejak berumur 12 tahun lagi. Pendedahan awal ini telah memberi saya banyak pengalaman untuk memperbaiki kelemahan diri. Namun, setelah berhijrah ke Kota Kinabalu pada tahun 2003 untuk belajar di Kolej PTPL Sabah, di situlah titik permulaan saya untuk bergiat aktif dalam bidang nyanyian", jelas pemuda yang baru berusia 25 tahun ini yang berasal dari daerah Beluran.

    Menyingkap kembali sejarah serta pengalamannya dalam bidang nyanyian, sememangnya tidaklah semudah yang disangkakan. "Saya bermula dari "Voice of KUTPM" sehinggalah ke pertandingan Gangstarz pada tahun lalu dan tahun ini'", jelas Malvin sambil merujuk kepada pertandingan untuk memilih wakil Kolej PTPL ke Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) pada tahun 2004 serta pertandingan berkumpulan realiti TV3 yang sedang ditayangkan sekarang ini. "Saya berjaya mewakili Kolej PTPL ke Shah Alam dan berjaya menjuarai pertandingan tersebut dalam kategori solo" ujar Malvin yang mula bergiat aktif sejak kemenangan tersebut.

    "Saya mula berjinak jinak untuk menyertai pertandingan Sugandoi selepas itu. Banyak tempat yang saya sertai tetapi masih lagi terdapat kelemahan yang perlu saya perbaiki pada ketika itu. Pada tahun 2006, saya telah mewakili Kolej PTPL Sabah ke pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat IPT/S tetapi gagal mendapat tempat. Tahun berikutnya, saya menyertai pertandingan yang sama dan berjaya mendapat gelaran Juara pula" jelas Malvin yang telah mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan di kolej tersebut.

    "Pada pertandingan Gangstarz pula, saya telah menyertai kumpulan "Triple Prince" pada tahun lalu dan "Da Prince" pada tahun ini. Walaupun kumpulan ini berjaya sehingga ke "Top 10" dan "Top 5" tapi saya rasa rezeki saya bukan di sana", jelas Malvin yang menamakan penyanyi penyanyi seperti Evaristus Gungkit, Martha Ginun, Usal Jon Gavis, Faizal Tahir serta Tom Jones sebagai idolanya.

    Di sebalik kerancakan menceritakan pengalaman yang dilaluinya sepanjang pembabitannya dalam bidang nyanyian ini, tersentuh hati penulis apabila Malvin mula bercerita mengenai keluarganya. Berasal dari keluarga yang sederhana, dengan 3 orang adik beradik, Malvin mengakui ikatan kekeluargaan sememangnya amat penting dalam sesebuah keluarga, apatah lagi jika mereka memerlukan perhatian serta dorangan dari kita.

    "Saya mempunyai dua orang adik. Saya amat menyayangi kedua dua adik saya ini. Adik saya yang kedua, Malvfred Kalbin yang kini berumur 22 tahun, mengalami penyakit Thalesemia iaitu kanser darah merah sejak berumur 6 bulan lagi. Saya sangat bersimpati dengannya dan seolah-olah saya dapat merasakan kesengsaran yang dipikulnya dengan penyakit ini. Bagi saya, di dalam kehidupan ini, apa yang utama sekali adalah kasih sayang. Jujur saya katakan di sini bahawa jika boleh, saya ingin bersama dengannya mengalami dan merasakan kesakitannya ini. Impian saya pada suatu hari nanti, dan jika berpeluang, saya ingin menyanyi amal untuk semua orang yang menghadapi penyakit seperti ini", ujar Malvin tanpa berselindung di sebalik musibah yang menimpa adik kesayangannya ini.

    Berbalik semula kepada cerita mengenai karier nyanyiannya ini, Malvin mengakui sejak bergelar Juara Sugandoi 2008, dia tidak terlepas daripada diburui oleh syarikat syarikat rakaman yang menawarkan untuk merakamkan album solo pertama dengannya. "Saya amat teruja dengan tawaran tawaran yang telah diberikan. Namun dalam hal ini, saya perlu berhati hati kerana pada pandangan saya, adalah lebih baik jika saya perkenalkan diri saya dengan lebih rapat terlebih dahulu kepada masyarakat di luar sana, terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan seni suara. Tidak semestinya kejuaraan yang saya kecapi baru baru ini menunjukkan saya sudah dikenali ramai. Biarlah saya terima terlebih dahulu undangan nyanyian serta berbuat amal sementara waktu ini. Apa apa pun, saya berharap untuk merakamkan album suatu hari nanti apabila saya benar benar telah bersedia", jelas Malvin, yang dapat merasakan dirinya sekali sekala mendapat perhatian jika berada di khalayak orang ramai.

    "Sebagai permulaan, saya sebenarnya telahpun mendapat tawaran untuk menyanyi dalam sebuah album kompilasi dengan penyanyi penyanyi yang lain daripada sebuah syarikat rakaman. Tapi semua ini masih dalam proses perbincangan lagi, jadi saya tidak boleh berbicara banyak sangat tentang perkara ini. Tunggu dan lihat sajalah.....", ujar Malvin lagi sambil memberikan sedikit pengharapan kepada peminatnya yang setia menunggu kemunculan lagunya sendiri.

    Bertugas dengan sebuah syarikat pengurusan komputer di ibu negeri, Malvin juga kini sibuk berjinak jinak dalam penulisan lagu. "Tetapi masaalahnya sekarang, saya kurang arif dalam bahasa ibunda saya sendiri iaitu Kadazandusun. Jadi apa yang saya lakukan adalah dengan menulis lagu tersebut dalam Bahasa Melayu, dan akan meminta rakan rakan yang arif dalam bahasa Kadazandusun untuk membuat penterjemahan", akurnya sambil menambah dorongan dari keluarga sejak dia mula aktif dalam bidang nyanyian ini merupakan sesuatu yang amat bermakna baginya.

    Di akhir perbualan tersebut, Malvin ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menyokong karier seninya ini. "Mereka merupakan sumber inspirasi yang pertama untuk membangunkan semangat saya untuk melakukan sesuatu agar lebih baik. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Usal John Gavis yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar untuk saya lakukan sesuatu itu dengan lebih baik sehinggalah saya berdiri di tempat saya pada hari ini" jelas Malvin yang mengharapkan sokongan daripada masyarakat di luar sana agar dapat menerimanya sebagai penghibur untuk mewarnai lagi pentas dunia nyanyian di negeri ini. "Akhir kata, kepada semua rakan rakan serta saudara mara yang telah memberi kata kata semangat untuk saya terus bergiat di dalam bidang nyanyian ini, terima kasih", ujarnya lagi mengakhiri perbualan tersebut.

    Bagi mereka yang ingin mengenali lebih rapat lagi Juara Sugandoi 2008 ini, bolehlah melayari friendsternya di http://profiles.friendster.com/malvinvin ataupun melayari portal Kadus Entertainment di http://www.kadusmusic.com/portal/ yang memaparkan banyak informasi mengenai dengan penyanyi ini.

    Thursday, October 23, 2008

    Undilah A.G Untuk MyStarz LG Musim Ke-2 TV3




    Nama Sebenar adalah Awang Sri Iskandar Bin Bahrin atau lebih dikenali Pyan @ A.G dan beliau berasal dari Beoufort, Sabah. Beliau yang baru berusia 21 tahun ini merupakan peserta dari Sabah yang telah terpilih dalam 12 peserta terbaik seluruh Malaysia untuk meneruskan perjuangan dalam realiti TV iaitu MyStarz LG untuk musim ke-2 yang akan bermula pada awal bulan November ini . Genre muzik yang telah serasi dalam dirinya dan juga menjadi persenoliti persembahan adalah pop, hip-hop, balada dan RnB.

    Oleh itu diharapkan kepada semua warga Sabah agar sentiasa memberi sokongan kepada anak muda ini. Vote atau undi dari kita semua adalah harapan titik tuju perjuangan anak muda dari Sabah ini. Semoga beliau dapat harum kan nama negeri Sabah sepertimana yang telah di lakukan oleh Stacy, Ayu dan yang lain-lain. Kita sentiasa akan memberi sokongan kepada beliau. Semoga beliau dapat mmbuat persembahan yang terbaik untuk konsert MyStarz itu nanti. Jangan lupa undi or Vote for AG. Good Luck AG........

    Wednesday, October 22, 2008

    Falsafah Cinta Dari Malvin



    Percintaan terdapat perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta, bukan untuk anda difahami tapi untuk anda memahami. Bukan untuk anda mengambil itu dan ini tetapi untuk anda diambil. Cinta adalah untuk anda berkorban dan belajar bertolak ansur.

    Tips 1
    Jika anda mengerti, anda mengetahui yang anda merindui seseorang bila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia.Dan walaupun hanya "miss call" dari dia sudah cukup untuk anda tersenyum riang. Anda mungkin menaruh hati kepadanya.

    Tips 2
    Jika hati anda berkata, jika seorang hadir dalam hidup anda dan jadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi atas sebab tertentu dia pergi, jangan bersedih, terimalah kenyataan dan anda masih bernasib baik kerana dia pernah membahagiakan hidup anda.

    Tips 3
    Jika hati anda ingin menafikan, jangan larikan diri dari cinta, apabila ia berada dihadapanmu, kerana nanti kamu pasti teringat dan menyesali perbuatanmu. Maka, hargai orang yang menyayangimu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi dengan ikhlas.

    Tips 4
    Jika hati anda takut dan anda merasa sesuatu dan itu akan buat anda bahagia maka teruskan. Ingatlah bahawa tiada peluang kedua lagi. Jika anda merasa anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu saja.

    Tips 5
    Kisah air mata. 2 titis air mata yang mengalir bertemu. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi. "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?" Jawab titis air mata kedua itu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu saja."

    Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita. Kemudian kita akan sedih dan menyesal meningatkanya.

    Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istemewa jika ia diberikan kepada orang yang sesuai dengan anda. Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih sayang anda.

    Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hati. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bahagia dan jangan ragu-ragu untuk memberikan kasih dan sayang.

    Ruang kosong di antara jari-jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan diragui kerana keikhlasan itu dapat dirasai di dalam hati.

    Terdapat banyak bintang di langit tapi hanya satu yang menyerlah sehingga menarik perhatian anda. Mungkin anda akan abaikan sebutir bintang yang sanggup menyinari walaupun di mana saja anda berada. Oleh itu, pilih la bintang anda dengan hati, bukan dengan mata yang selalu tertipu.

    Tuesday, October 21, 2008

    Da Prince dalam KE Star Studded Nite 2008





















    Ahli-ahli group Da Prince hadir dalam sambutan Kadus Entertainment Star Studded Nite 2008 pada 18hb October 2008,Sabtu, 7.00 malam hingga 11.00 malam. Pesta itu sangat meriah dan membuatkan semua artis dan bukan artis hadir untuk mengeratkan perhubungan silaturahim. Group Da Prince sempat membuat persembahan malam itu dengan menyanyikan lagu In The Still Of The Night (Acapella) dan Kau Ilhamku dalam versi muzik baru. Semoga yang hadir pada malam itu terhibur. Hehehe.... Di samping itu saya juga sempat menyanyikan lagu saya, dan lagu tersebut adalah lagu yang bakal dimuatkan dalam Pusakag 4. Lagu tersebut adalah lagu baru dan bertajuk Koinggorittan Id Piginawaan. Semoga pada malam itu semua yang hadir dapat menerima saya dan group saya dengan seadanya terutamnya dalam arena muzik ini. Thanks for you all........

    Monday, October 20, 2008

    Konsert AKU STACY



















    Konsert ini dilangsungkan kat KDCA

    Kehidupan

    hai smua, kehidupan ini perlu penuh dengan KASIH.