CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 4, 2008

PESERTA yang bakal berentap dalam My starz LG musim kedua.









S12 peserta My Starz LG terbitan TV3 didedahkan dengan pelbagai cabaran
sebagai persiapan menghadapi realiti dunia hiburan


SEBELUM melangkah ke alam sebenar program realiti musim kedua My Starz LG, 12 peserta yang bakal berentap pada konsert setiap minggu bermula 9 November ini dibekalkan dengan sedikit ilmu di dada.

Pada 29 hingga 31 Oktober lalu, 12 peserta baru yang masih belum mengetahui selok belok dunia hiburan didedahkan dengan pelbagai aktiviti sual kenal di antara 12 peserta bersama tenaga produksi.

Aktiviti tiga hari yang berlangsung di Eagle Ranch Resort, Port Dickson itu juga bertujuan mendedahkan 12 peserta ini mengenai program My Starz LG selain motivasi dan menguji daya fizikal dan mental mereka sebelum berhadapan dengan konsert sebenar.

Penerbitnya, Tengku Shailawati Tengku Jehori berkata, sebagai langkah pertama, semua peserta program ini didedahkan dengan persekitaran luar sebagai persediaan awal sebelum mereka melangkah ke dunia realiti atau konsert sebenar.

“Ini kali pertama kita melakukan sesi sual kenal dengan mengumpul semua 12 peserta. Ia bertujuan ingin membiasakan peserta sebelum menghadapi konsert pada setiap minggu. Selain itu juga, mereka dilatih dengan menguji ketahanan fizikal dan mental selain menerapkan sifat kerjasama dan berpasukan,” katanya.
Menurut Shailawati, musim kedua mengalami banyak perubahan daripada musim pertama lalu di mana program yang mencungkil bakat peserta bukan saja nyanyian malah segala aspek hiburan.

“Tahun ini setiap peserta yang terpilih dinilai dengan pakej merangkumi semua aspek daripada juri profesional. Mereka datang dari latar belakang berbeza dan pertama kali muncul di kaca televisyen.

“Sebab itu kami mengadakan aktiviti ini agar mereka tidak terkejut dengan dunia hiburan sebenar yang bakal mereka hadapi mulai hari ini.

“Mengenai konsert, 12 peserta ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu setiap minggu satu kumpulan ini bertanding dan satu kumpulan lagi akan mengiringi persembahan mereka dan ia akan bertukar pada setiap minggu.

“Dari segi pemarkahan pula, ia dinilai oleh juri profesional yang terdiri daripada Liza Hanim dan Hattan serta juri jemputan setiap minggu. Sebanyak 70 peratus dinilai oleh juri dan selebihnya undi SMS,” katanya yang menyifatkan 12 peserta ini mempunyai potensi yang cerah sekiranya dibimbing dengan tenaga pengajar profesional.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi tiga hari itu termasuklah brainstorming, night drop (burung hantu), mini explorace yang terdiri daripada fly fox, guess what, memanah dan rintangan selain berakit dan karaoke.

Peserta yang dipilih daripada lima lokasi sesi uji bakat yang diadakan di Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur itu terdiri daripada Leow Lyye, 18, (Johor), Noriezuana Syed Shafudin, 22, (Johor); Norshamimi Ahmad Haris, 18, (Kedah) dan Wan Nashrinie Zafri, 19, (Pulau Pinang);.

Selain itu, Mohd Azri Abdullah, 21, (Klang); Lee Elaine, 18, (Subang); Mohd Farouk Jayfiena Ermand, 19, (Petaling Jaya); Awang Sri Iskandar Bahrin, 21, (Sabah); Mohd Hairi Kenneith, 19, (Sabah); Julylen Liew, 18, (Sabah); Fiona Anak John Nolly, 21, (Sarawak) dan Cassandra Daniel Manja, 22 (Sarawak).

Program sebanyak 15 episod ini akan mula menyaksikan episod penyingkiran selepas konsert kedua. Ia turut melantik Nazaruddin Habibur Rahman atau Naz dan pasangannya Puteri Andreanna Syigim atau Anne sebagai pengacara program musim ini.

Sementara Khairul Ikhwan Rosli atau Ikhwan pula akan mengacarakan segmen Star Lives iaitu diari peserta yang menemui penonton setiap Ahad jam 5.30 petang.

INFO:

  • Program My Starz LG musim kedua ini akan menemui penonton setiap Ahad jam 10 malam selama satu jam dan star Lives juga setiap Ahad jam 5.30 malam yang memaparkan aktiviti harian sepanjang seminggu sebelum konsert.

  • Sebanyak RM100,000, kontrak rakaman bersama Warner Music, Malaysia dan barangan elektrik jenama LG akan menjadi taruhan 12 peserta ini.

  • 12 peserta ini juga akan ditempatkan di LG House yang mempunyai pelbagai ruang seperti latihan, bilik mentor, dan ruang persembahan yang dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan LG.

  • Musim ini juga, 12 peserta ini akan mendapat khidmat daripada mentor profesional yang terdiri daripada pencipta lagu, Lah (VE), koreografer, Raimee Salleh dan pereka fesyen, Saiful Bahrin sebagai perunding imej.
  • 0 ulasan: