CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 25, 2008

SELEPAS SUGANDOI 2008, MALVIN KALBIN INGIN TERUS BERKARYA.(Artikel ini telah dikeluarkan di Sabah Time pada July 2, 2008)

Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2008


Sebulan berlalu sejak memenangi Juara Sugandoi 2008 Kaamatan Peringkat Negeri, nama Malvin Kabin masih segar dalam ingatan para peminat seni suara tempatan khususnyanya mereka yang mengikuti perkembangan muzik di negeri ini. Kejuaraan yang dimilikinya ini telah menjadi perangsang untuknya terus mengorak langkah ke hadapan bagi merealisasikan impiannya untuk berada setaraf dengan penyanyi tempatan yang telah lama bertapak di persada seni di negeri ini.

"Tidak semudah itu ..... saya telah bekerja keras untuk mendapatkan kejuaraan tersebut", begitulah ungkapan Malvin ketika ditemui baru baru ini ketika ditanya mengenai pertandingan Sugandoi 2008 yang dimenanginya pada Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2008 sebulan yang lalu. Malvin mengakui, pengalaman yang pernah dilalui banyak membantunya untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya. "Sebenarnya, pembabitan saya dalam bidang nyanyian ini bermula sejak berumur 12 tahun lagi. Pendedahan awal ini telah memberi saya banyak pengalaman untuk memperbaiki kelemahan diri. Namun, setelah berhijrah ke Kota Kinabalu pada tahun 2003 untuk belajar di Kolej PTPL Sabah, di situlah titik permulaan saya untuk bergiat aktif dalam bidang nyanyian", jelas pemuda yang baru berusia 25 tahun ini yang berasal dari daerah Beluran.

Menyingkap kembali sejarah serta pengalamannya dalam bidang nyanyian, sememangnya tidaklah semudah yang disangkakan. "Saya bermula dari "Voice of KUTPM" sehinggalah ke pertandingan Gangstarz pada tahun lalu dan tahun ini'", jelas Malvin sambil merujuk kepada pertandingan untuk memilih wakil Kolej PTPL ke Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) pada tahun 2004 serta pertandingan berkumpulan realiti TV3 yang sedang ditayangkan sekarang ini. "Saya berjaya mewakili Kolej PTPL ke Shah Alam dan berjaya menjuarai pertandingan tersebut dalam kategori solo" ujar Malvin yang mula bergiat aktif sejak kemenangan tersebut.

"Saya mula berjinak jinak untuk menyertai pertandingan Sugandoi selepas itu. Banyak tempat yang saya sertai tetapi masih lagi terdapat kelemahan yang perlu saya perbaiki pada ketika itu. Pada tahun 2006, saya telah mewakili Kolej PTPL Sabah ke pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat IPT/S tetapi gagal mendapat tempat. Tahun berikutnya, saya menyertai pertandingan yang sama dan berjaya mendapat gelaran Juara pula" jelas Malvin yang telah mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan di kolej tersebut.

"Pada pertandingan Gangstarz pula, saya telah menyertai kumpulan "Triple Prince" pada tahun lalu dan "Da Prince" pada tahun ini. Walaupun kumpulan ini berjaya sehingga ke "Top 10" dan "Top 5" tapi saya rasa rezeki saya bukan di sana", jelas Malvin yang menamakan penyanyi penyanyi seperti Evaristus Gungkit, Martha Ginun, Usal Jon Gavis, Faizal Tahir serta Tom Jones sebagai idolanya.

Di sebalik kerancakan menceritakan pengalaman yang dilaluinya sepanjang pembabitannya dalam bidang nyanyian ini, tersentuh hati penulis apabila Malvin mula bercerita mengenai keluarganya. Berasal dari keluarga yang sederhana, dengan 3 orang adik beradik, Malvin mengakui ikatan kekeluargaan sememangnya amat penting dalam sesebuah keluarga, apatah lagi jika mereka memerlukan perhatian serta dorangan dari kita.

"Saya mempunyai dua orang adik. Saya amat menyayangi kedua dua adik saya ini. Adik saya yang kedua, Malvfred Kalbin yang kini berumur 22 tahun, mengalami penyakit Thalesemia iaitu kanser darah merah sejak berumur 6 bulan lagi. Saya sangat bersimpati dengannya dan seolah-olah saya dapat merasakan kesengsaran yang dipikulnya dengan penyakit ini. Bagi saya, di dalam kehidupan ini, apa yang utama sekali adalah kasih sayang. Jujur saya katakan di sini bahawa jika boleh, saya ingin bersama dengannya mengalami dan merasakan kesakitannya ini. Impian saya pada suatu hari nanti, dan jika berpeluang, saya ingin menyanyi amal untuk semua orang yang menghadapi penyakit seperti ini", ujar Malvin tanpa berselindung di sebalik musibah yang menimpa adik kesayangannya ini.

Berbalik semula kepada cerita mengenai karier nyanyiannya ini, Malvin mengakui sejak bergelar Juara Sugandoi 2008, dia tidak terlepas daripada diburui oleh syarikat syarikat rakaman yang menawarkan untuk merakamkan album solo pertama dengannya. "Saya amat teruja dengan tawaran tawaran yang telah diberikan. Namun dalam hal ini, saya perlu berhati hati kerana pada pandangan saya, adalah lebih baik jika saya perkenalkan diri saya dengan lebih rapat terlebih dahulu kepada masyarakat di luar sana, terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan seni suara. Tidak semestinya kejuaraan yang saya kecapi baru baru ini menunjukkan saya sudah dikenali ramai. Biarlah saya terima terlebih dahulu undangan nyanyian serta berbuat amal sementara waktu ini. Apa apa pun, saya berharap untuk merakamkan album suatu hari nanti apabila saya benar benar telah bersedia", jelas Malvin, yang dapat merasakan dirinya sekali sekala mendapat perhatian jika berada di khalayak orang ramai.

"Sebagai permulaan, saya sebenarnya telahpun mendapat tawaran untuk menyanyi dalam sebuah album kompilasi dengan penyanyi penyanyi yang lain daripada sebuah syarikat rakaman. Tapi semua ini masih dalam proses perbincangan lagi, jadi saya tidak boleh berbicara banyak sangat tentang perkara ini. Tunggu dan lihat sajalah.....", ujar Malvin lagi sambil memberikan sedikit pengharapan kepada peminatnya yang setia menunggu kemunculan lagunya sendiri.

Bertugas dengan sebuah syarikat pengurusan komputer di ibu negeri, Malvin juga kini sibuk berjinak jinak dalam penulisan lagu. "Tetapi masaalahnya sekarang, saya kurang arif dalam bahasa ibunda saya sendiri iaitu Kadazandusun. Jadi apa yang saya lakukan adalah dengan menulis lagu tersebut dalam Bahasa Melayu, dan akan meminta rakan rakan yang arif dalam bahasa Kadazandusun untuk membuat penterjemahan", akurnya sambil menambah dorongan dari keluarga sejak dia mula aktif dalam bidang nyanyian ini merupakan sesuatu yang amat bermakna baginya.

Di akhir perbualan tersebut, Malvin ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menyokong karier seninya ini. "Mereka merupakan sumber inspirasi yang pertama untuk membangunkan semangat saya untuk melakukan sesuatu agar lebih baik. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Usal John Gavis yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar untuk saya lakukan sesuatu itu dengan lebih baik sehinggalah saya berdiri di tempat saya pada hari ini" jelas Malvin yang mengharapkan sokongan daripada masyarakat di luar sana agar dapat menerimanya sebagai penghibur untuk mewarnai lagi pentas dunia nyanyian di negeri ini. "Akhir kata, kepada semua rakan rakan serta saudara mara yang telah memberi kata kata semangat untuk saya terus bergiat di dalam bidang nyanyian ini, terima kasih", ujarnya lagi mengakhiri perbualan tersebut.

Bagi mereka yang ingin mengenali lebih rapat lagi Juara Sugandoi 2008 ini, bolehlah melayari friendsternya di http://profiles.friendster.com/malvinvin ataupun melayari portal Kadus Entertainment di http://www.kadusmusic.com/portal/ yang memaparkan banyak informasi mengenai dengan penyanyi ini.

Thursday, October 23, 2008

Undilah A.G Untuk MyStarz LG Musim Ke-2 TV3




Nama Sebenar adalah Awang Sri Iskandar Bin Bahrin atau lebih dikenali Pyan @ A.G dan beliau berasal dari Beoufort, Sabah. Beliau yang baru berusia 21 tahun ini merupakan peserta dari Sabah yang telah terpilih dalam 12 peserta terbaik seluruh Malaysia untuk meneruskan perjuangan dalam realiti TV iaitu MyStarz LG untuk musim ke-2 yang akan bermula pada awal bulan November ini . Genre muzik yang telah serasi dalam dirinya dan juga menjadi persenoliti persembahan adalah pop, hip-hop, balada dan RnB.

Oleh itu diharapkan kepada semua warga Sabah agar sentiasa memberi sokongan kepada anak muda ini. Vote atau undi dari kita semua adalah harapan titik tuju perjuangan anak muda dari Sabah ini. Semoga beliau dapat harum kan nama negeri Sabah sepertimana yang telah di lakukan oleh Stacy, Ayu dan yang lain-lain. Kita sentiasa akan memberi sokongan kepada beliau. Semoga beliau dapat mmbuat persembahan yang terbaik untuk konsert MyStarz itu nanti. Jangan lupa undi or Vote for AG. Good Luck AG........

Wednesday, October 22, 2008

Falsafah Cinta Dari Malvin



Percintaan terdapat perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta, bukan untuk anda difahami tapi untuk anda memahami. Bukan untuk anda mengambil itu dan ini tetapi untuk anda diambil. Cinta adalah untuk anda berkorban dan belajar bertolak ansur.

Tips 1
Jika anda mengerti, anda mengetahui yang anda merindui seseorang bila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia.Dan walaupun hanya "miss call" dari dia sudah cukup untuk anda tersenyum riang. Anda mungkin menaruh hati kepadanya.

Tips 2
Jika hati anda berkata, jika seorang hadir dalam hidup anda dan jadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi atas sebab tertentu dia pergi, jangan bersedih, terimalah kenyataan dan anda masih bernasib baik kerana dia pernah membahagiakan hidup anda.

Tips 3
Jika hati anda ingin menafikan, jangan larikan diri dari cinta, apabila ia berada dihadapanmu, kerana nanti kamu pasti teringat dan menyesali perbuatanmu. Maka, hargai orang yang menyayangimu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi dengan ikhlas.

Tips 4
Jika hati anda takut dan anda merasa sesuatu dan itu akan buat anda bahagia maka teruskan. Ingatlah bahawa tiada peluang kedua lagi. Jika anda merasa anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu saja.

Tips 5
Kisah air mata. 2 titis air mata yang mengalir bertemu. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi. "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?" Jawab titis air mata kedua itu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu saja."

Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita. Kemudian kita akan sedih dan menyesal meningatkanya.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istemewa jika ia diberikan kepada orang yang sesuai dengan anda. Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih sayang anda.

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hati. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bahagia dan jangan ragu-ragu untuk memberikan kasih dan sayang.

Ruang kosong di antara jari-jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan diragui kerana keikhlasan itu dapat dirasai di dalam hati.

Terdapat banyak bintang di langit tapi hanya satu yang menyerlah sehingga menarik perhatian anda. Mungkin anda akan abaikan sebutir bintang yang sanggup menyinari walaupun di mana saja anda berada. Oleh itu, pilih la bintang anda dengan hati, bukan dengan mata yang selalu tertipu.

Tuesday, October 21, 2008

Da Prince dalam KE Star Studded Nite 2008





















Ahli-ahli group Da Prince hadir dalam sambutan Kadus Entertainment Star Studded Nite 2008 pada 18hb October 2008,Sabtu, 7.00 malam hingga 11.00 malam. Pesta itu sangat meriah dan membuatkan semua artis dan bukan artis hadir untuk mengeratkan perhubungan silaturahim. Group Da Prince sempat membuat persembahan malam itu dengan menyanyikan lagu In The Still Of The Night (Acapella) dan Kau Ilhamku dalam versi muzik baru. Semoga yang hadir pada malam itu terhibur. Hehehe.... Di samping itu saya juga sempat menyanyikan lagu saya, dan lagu tersebut adalah lagu yang bakal dimuatkan dalam Pusakag 4. Lagu tersebut adalah lagu baru dan bertajuk Koinggorittan Id Piginawaan. Semoga pada malam itu semua yang hadir dapat menerima saya dan group saya dengan seadanya terutamnya dalam arena muzik ini. Thanks for you all........

Monday, October 20, 2008

Konsert AKU STACY



















Konsert ini dilangsungkan kat KDCA

Kehidupan

hai smua, kehidupan ini perlu penuh dengan KASIH.