CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 22, 2008

Falsafah Cinta Dari Malvin



Percintaan terdapat perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta, bukan untuk anda difahami tapi untuk anda memahami. Bukan untuk anda mengambil itu dan ini tetapi untuk anda diambil. Cinta adalah untuk anda berkorban dan belajar bertolak ansur.

Tips 1
Jika anda mengerti, anda mengetahui yang anda merindui seseorang bila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia.Dan walaupun hanya "miss call" dari dia sudah cukup untuk anda tersenyum riang. Anda mungkin menaruh hati kepadanya.

Tips 2
Jika hati anda berkata, jika seorang hadir dalam hidup anda dan jadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi atas sebab tertentu dia pergi, jangan bersedih, terimalah kenyataan dan anda masih bernasib baik kerana dia pernah membahagiakan hidup anda.

Tips 3
Jika hati anda ingin menafikan, jangan larikan diri dari cinta, apabila ia berada dihadapanmu, kerana nanti kamu pasti teringat dan menyesali perbuatanmu. Maka, hargai orang yang menyayangimu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi dengan ikhlas.

Tips 4
Jika hati anda takut dan anda merasa sesuatu dan itu akan buat anda bahagia maka teruskan. Ingatlah bahawa tiada peluang kedua lagi. Jika anda merasa anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu saja.

Tips 5
Kisah air mata. 2 titis air mata yang mengalir bertemu. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi. "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?" Jawab titis air mata kedua itu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu saja."

Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita. Kemudian kita akan sedih dan menyesal meningatkanya.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istemewa jika ia diberikan kepada orang yang sesuai dengan anda. Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih sayang anda.

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hati. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bahagia dan jangan ragu-ragu untuk memberikan kasih dan sayang.

Ruang kosong di antara jari-jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan diragui kerana keikhlasan itu dapat dirasai di dalam hati.

Terdapat banyak bintang di langit tapi hanya satu yang menyerlah sehingga menarik perhatian anda. Mungkin anda akan abaikan sebutir bintang yang sanggup menyinari walaupun di mana saja anda berada. Oleh itu, pilih la bintang anda dengan hati, bukan dengan mata yang selalu tertipu.

0 ulasan: