Saya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Semua kami adalah lelaki. Hehehe... Saya mempunyai ibubapa yang sangat bertanggungjawab dan sangat menitik beratkan keadaan dan situasi anak-anak. Umur saya sekarag hampir mencecah 25 tahun. Saya merupakan seorang yang periang, suka bergurau, friendly, bertanggungjawab, dan menyanyangi. Dalam khidupan saya, saya menitik beratkan tentang kasih sayang. Ini kerana kasih adalah akar umbi kedamaian, kebahagian hidup dalam hidup sama ada di dunia atau di mana saja. Sekiranya hati wujud dgn kasih, segala apa yg di harapkan dan dilakasanakan akan menjadi kenyataan dan sentiasa diberkati. Menyanyi merupakan perkara yang paling digemari. Ini kerana perkara itu la yang dapat saya lakukan untuk meluahkan setiap perasaan yang ada dalam lubuk hati saya.
Kumpulan Tripe Prince telah ditubuhkan pada hujung tahun 2006. Mereka ditubuhkan melalui rancangan realiti tv "Gangstarz TV3" pada tahun 2007. Ia merupakan hasil gabungan yang dilakukan oleh pihak Tv3 selepas sesi ujibakat di Sabah.
Triple Prince telah berjaya ke peringkat seterusnya yg diadakan d Istana Budaya, Kuala Lumpur. Mereka juga telah tersenarai dalam Top 10 Gangstarz Malaysia.
Kumpulan ini dianggotai oleh Malvin (Vin), Mohd.Hafizan (Fiz), Awg Sri Iskandar (Pyan) dan dua orang ahli baru iaitu Allen Max (AyE LeN) dan Freddy(Fred) yg baru sahaja menyertai kumpulan ini.
Pada ujibakat Gangstarz yang bertempat di Hotel Promenade, KK baru-baru ini, mereka sekali lagi berjaya melayakkan diri untuk sesi ujibakat kedua di Kuala Lumpur tetapi kali ini ia agak berbeza. Sistem penjurian yang dilakukan pada kali ini telah menetapkan bahawa juri berhak memilih mana-mana ahli dalam kumpulan itu untuk digabungkan bersama kumpulan yang lain dan membentuk suatu kumpulan yang baru. Rezeki telah menyebelahi Vin, Pyan dan Fiz dimana mereka telah digabungkan bersama satu lagi ahli kumpulan yang lain iaitu Fred yg berasal daripada kumpulan lain. Nasib tidak menyebelahi AyE LeN kerana tidak terpilih bersama-sama dengan ahli mereka yang asal, namun beliau berkata akan tetap menyokong Triple Prince walaupun dengan ketiadaannya. Syabas kepada AyE LeN atas komitmen yang ditunjukkan kepada kumpulan Triple Prince. Oleh itu, cabaran ini di bawa bersama group baru iaitu vin, pyan, fiz dan fred. Nama Group baru telah di tukar kepada "DA' PRINCE'.
Setiap ahli dalam kumpulan ini mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam bidang nyanyian. Apabila tercantumnya kemahiran-kemahiran yang mereka ada, mereka dapat mewujudkan keserasian dari segi harmoni dan boleh menyanyikan sesebuah lagu itu dengan baik.
Walaupun mereka tidak begitu meletakkan harapan yang tinggi untuk mara ke peringkat seterusnya, namun harapan mereka ialah untuk dapat memupuk semangat kerjasama diantara ahli, memberikan komiten yang tinggi dan mendisiplinkan diri dalam mewujudkan suatu kumpulan yang serba-boleh dari segi nyanyian. All the best to Da' Prince.